Sabtu, 16 Mei 2009

Hari Ini

Memang susah kalau dah susah, tapi jadi terbiasa bila dah biasa. Memang payah kalau nda (tidak) biasa apa lagi nda mau (mahu) di biasakan. Sudah biasa jadi orang nda berharta kerana sudah terbiasa tapi bila dah kaya terasa luar biasa sebab di luar dari kebiasaan yang akhirnya beralih jadi biasa sehingga akhirnya sudah terbiasa.

Baru-baruan kan membuat blog, nda tau apa-apa... kan edit HTML pun macam baru belajar mengira 1 campur 1......... Ha ha ha! Bukan malu tapi silu. Cornering untuk hari ini, secebis pengetahuan secubit kefahaman. Kalau ada yang sudi menunjuk ajar Alhamdulillah.
Kelmarin adalah sejarah untuk di imbas kembali, di kenang sebagai kenangan terindah, terpahit atau untuk di jadikan sebagai pengajaran pada Hari Ini.


Hari Ini kita lalui tiada lain melainkan dengan tujuan untuk hari esok. Membuat kita berfikir apa akan jadi pada diri kita, keluarga, sahabat dan kehidupan pada hari esok. Janganlah melupakan hari kelmarin, kerana tiada kelmarin maka tiadalah hari ini. Tanpa hari ini, pasti esok tiada tujuan. Betapa kita berusaha untuk persediaan hari esok, betapa kita berusaha untuk menjadi seorang pandai, terpelajar dan berpengetahuan luas, betapa kita berusaha mengumpul kekayaan, betapa kita berusaha untuk kekal sehat dan sejahtera tetap jua harus kita sedari bahawa kita hanyalah seorang insan kerdil yang tidak akan pernah berkecukupan untuk menghadapi hari esok. Kenali diri, muhassabah diri dan carilah jati diri kita yang sebenarnya.


Esok...................................................................................................................sekadar noktah panjang.