Sabtu, 10 Julai 2010

Lima Perkara Penting



Lima perkara yang menjadi impian dalam hidup setiap orang...

1. Wajah Yang Cantik

2. Rezki Yang Banyak

3. Kesihatan Yang Baik

4. Anak-Anak Yang Bijak dan Pandai

5. Tidur Yang Lena Tanpa Gangguan

MUDAH SAJA!

Untuk mendapatkannya kita hanya perlu meluangkan masa 50 MINIT saja setiap hari!

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

1. Barangsiapa yang meninggalkan shalat Subuh, tiadalah padanya nur di wajahnya.

2. Barangsiapa yang meninggalkan shalat Zuhur, tiadalah padanya rezeki yang berkat.

3. Barangsiapa yang meninggalkan shalat Asar maka tiadalah padanya kekuatan badan.

4. Barangsiapa yang meninggalkan shalat Maghrib, tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat.

5. Barangsiapa yang meninggalkan shalat Isya' maka tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Di manakah kita pada kelima-lima waktu shalat?

Paling lama masa yang diluangkan untuk menunaikan setiap shalat adalah 10 minit, dan kenyataannya pada akhir zaman ini tidak ramai di antara kita yang mampu meluangkan masa yang hanya sekejap itu.....

Secebis renungan untuk kita bersama dengan harapan semoga kita semua mendapat hidayah dan kekuatan untuk beribadah padanya. Amin!








Khamis, 14 Januari 2010

MU'JIZAT DAN KELEBIHAN BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Perkara paling ringan dan mudah untuk dilakukan setiap hari, tapi paling mudah pula dilupa dan dilalaikan. Wallahu a'lam....

Sabtu, 11 Julai 2009

Alkisah Di Suatu Malam

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya,

"Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak ghi amik ghighi ...lha ni!!!..."