Sabtu, 11 Julai 2009

Alkisah Di Suatu Malam

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya,

"Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak ghi amik ghighi ...lha ni!!!..."

Gelak Sikit!

Kisah BOSS Dengan Pintu Garage

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL...

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client... Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. ..

biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap.. Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka...(dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... Mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada sebuah Perodua Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!!!...

kehkehkehkehkehkeh.....

Sekian!

Sabtu, 6 Jun 2009

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.

Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan? Soalan ini dijawab dengan mudah melalui cerita dibawah ini, teruskan membaca...

Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu didalam bukunya yang bertajuk "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Di akhir abad ke 19 ada seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident untuk menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu dan jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan tetamu-tetamu dan jemputan lain yang semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:

"Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada TIGA sebab:-

Pertama: Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang!"

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...

Perilaku Berdasarkan Tarikh Lahir Dalam Bulan Islam




Sekadar renungan dan 'muhasabah' diri dari lanjutan ilmu 'TARIKH LAHIR' dan perilaku kita sebagai hamba di muka bumi ini. PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM… HIJRAH. Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan :



MUHARRAM


Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.



SAFAR


Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.



RABIULAWAL


Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.



RABIULAKHIR


Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.



JAMADIL AWAL


Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.



JAMADIL AKHIR


Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.



REJAB


Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.



SYA'ABAN


Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.



RAMADHAN


Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.



SYAWAL


Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.



ZULKAEDAH


Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.



ZULHIJJAH


Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.



Wallahu 'alam bissawab....

Rabu, 27 Mei 2009

I've just received this shocking video from a friend... I'm speechless. No comment on this one but as human being and as an adult, what are we lack of? No Brain?? No Heart??? Showing this video on this blog is not a reminder but as a warning that all children in this world should be treated with respect, kindness and lots of LOVE! But NOT THIS!! Correct me if i'm wrong.

Jumaat, 22 Mei 2009

Esok

Setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun yang berlalu kita lalaikan daripada bertaubat walau hanya dengan beristighfar walau sekali....( macam akuuu jua! )

Malam ini malam keberkatan, malam Jumaat. Malam yang mempunyai banyak kebaikkan ( mungkin salah satunya apa yang digelar "Hari Ibu" atau "Hari Bapa" :p ), satu malam untuk kita membuat amalan sunnat, membaca Yaasin, bershalat sunnat, berzikir dan sebagainya. Persediaan hari ini untuk menghadapi hari esok. Apa yang akan berlaku pada hari esok sehingga kita digalakkan mengistimewakan malam ini?

Esok :

Hari terakhir, hari terjadinya huru-hara, gempa bumi, tsunami, kegemparan dimana-mana dan akhirnya laungan Sangka kala. Namun, siapa yang tahu? Jika esok ( Jumaat ) masih ada, masih terbuka peluang untuk bertaubat, muhassabah diri, perbaiki amalan dan silaturrahim dan lawatilah saudara kita yang sudah tiada bagi mengukuhkan lagi 5 tiang yang sudah rapuh, mumut dan hampir runtuh itu. Diminda selalu takahi pertanyaan untuk diri kita sendiri - 'Sudah kah kita bersedia menghadapi hari esok?'

Sabtu, 16 Mei 2009

Hari Ini

Memang susah kalau dah susah, tapi jadi terbiasa bila dah biasa. Memang payah kalau nda (tidak) biasa apa lagi nda mau (mahu) di biasakan. Sudah biasa jadi orang nda berharta kerana sudah terbiasa tapi bila dah kaya terasa luar biasa sebab di luar dari kebiasaan yang akhirnya beralih jadi biasa sehingga akhirnya sudah terbiasa.

Baru-baruan kan membuat blog, nda tau apa-apa... kan edit HTML pun macam baru belajar mengira 1 campur 1......... Ha ha ha! Bukan malu tapi silu. Cornering untuk hari ini, secebis pengetahuan secubit kefahaman. Kalau ada yang sudi menunjuk ajar Alhamdulillah.
Kelmarin adalah sejarah untuk di imbas kembali, di kenang sebagai kenangan terindah, terpahit atau untuk di jadikan sebagai pengajaran pada Hari Ini.


Hari Ini kita lalui tiada lain melainkan dengan tujuan untuk hari esok. Membuat kita berfikir apa akan jadi pada diri kita, keluarga, sahabat dan kehidupan pada hari esok. Janganlah melupakan hari kelmarin, kerana tiada kelmarin maka tiadalah hari ini. Tanpa hari ini, pasti esok tiada tujuan. Betapa kita berusaha untuk persediaan hari esok, betapa kita berusaha untuk menjadi seorang pandai, terpelajar dan berpengetahuan luas, betapa kita berusaha mengumpul kekayaan, betapa kita berusaha untuk kekal sehat dan sejahtera tetap jua harus kita sedari bahawa kita hanyalah seorang insan kerdil yang tidak akan pernah berkecukupan untuk menghadapi hari esok. Kenali diri, muhassabah diri dan carilah jati diri kita yang sebenarnya.


Esok...................................................................................................................sekadar noktah panjang.